Makan agar-agar

Tersebutlah kisah dua orang perompak Bank yang amat terkenal dan menjadi buruan polis.

Malam itu, mereka telah merancang untuk merompak sebuah bank yang baru dibuka dekat rumah mereka.

Mereka tahu banyak duit di dalam bank tersebut kerana ramai pelanggan yang keluar masuk setiap hari.

Pada masa yang dijanjikan, mereka pun menyelinaplah ke dalam bank. Masuk sahaja ke dalam bank, mereka berdua berpandangan sesama sendiri dan kehairanan. Kenapa ada banyak peti di dalam bank dan kawasannya dilitupi oleh udara sejuk! Bisik mereka. "Tak kisahlah" kata pencuri yang berbadan pendek, yang penting malam itu perut mereka mesti berisi!

Mereka pun mula menggeledah peti-peti yang ada dalam bank tersebut. Peti pertama dibuka, isinya agar-agar segar yang dibalut plastik lutsinar! Mereka tambah bingung lagi!

Lapar punya pasal mereka pun mula menghirup agar-agar tersebut. Iyalah mencuri, mencuri jugak. Makan kena jaga! Kata pencuri yang pendek. Sedar tak sedar mereka berjaya jugak bedal dan habiskan kesemua agar-agar di dalam peti itu.

Suksesss...

Peti kedua dibuka, isinya agar - agar lagi! Ya sudah, rezeki jangan ditolak. Mereka makan lagi dan lagi dan lagi. Sehinggalah sampai ke peti yang ketiga,

akibat kehairanan, mereka buka ke semua peti yang ada di dalam bank itu.

Isinya semua sama agar-agar!

Bercampur kepenatan dan kekecewaan maka mereka pun makanlah kesemua agar-agar yang ada. Tak cukup dengan itu, beberapa plastik disimpan untuk hidangan esok hari.

Mereka akhirnya pulang. Esoknya, di Halaman depan Newspaper,

Berita utama : "BANK SPERMA DIROMPAK"

Bakar rokok satu-satu sampai habis

Suatu petang yang damai.......

Isteri : "Abang! Dah berapa kali saya cakap, jangan merokok di dalam rumah. Lagi pun rokok menghabiskan duit belanja dapur kita!"

Suami : "Iya abang tau sayang"

Isteri : "Jadi, kenapa masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan"

Suami : "Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok nie, tapi memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kegiatan merokok di negara kita"

Isteri : "Membantu? Dengan membeli rokok?"

Suami : "Betul sayang, abang Sebenarnya ingin sekali membakar kilang-kilang rokok yang ada di Malaysia... tetapi apakan daya... itu melanggar undang-undang, maka dari itu abang mengambil keputusan untuk membakar satu-satu!"

Isteri : "@#$%%^"

Lawak seterika

Seorang pekerja lelaki berjalan ke pejabat dengan kedua belah telinganya berbalut. Melihatkan keadannya itu Bossnya lalu bertanya. "Kenape dengan telinge awak Leman?"

Leman menjawab, "Semalam saya menggosok baju boss, lepas itu telefon yang saya letak kat tepi papan sterika berbunyi... Terkejut punya pasal, saya tak sedar yang saya telah mengangkat seterika, bukannya henset!"

"Oh macam tue ke! Yang sebelah lagi tue kenape?" tanya Boss Leman lagi.

Selambe Leman kata "Yang sebelah nie sebab saya cuba nak telefon doktor untuk meminta bantuan!"

Monyet yang bodoh

Suatu ketika dahulu, di sebuah hutan tebal yang dipisahkan oleh sebatang anak sungai, tinggal dua ekor binatang yang berjiran. Di sebelah kanan ialah tempat tinggal seekor monyet, manakala di sebelahnya pula merupakan tempat tinggal sang gajah.

Pada suatu hari, sedang si gajah menikmati hidangan tengah harinya di atas sebatang tunggul kayu, dia mendengar namanya dipanggil berulang kali oleh jirannya si monyet.

"Hei! Hei, Geripin, menyeberanglah ke sini. Aku ingin tunjukkan sesuatu padamu!"

"Kejap lagi boleh tak beruk! Aku sedang makan nie"

"Oh, marilah!" kata monyet. "Ini benar-benar penting dan menarik. Sure kau tangkap leleh punya"

"Ceciter.. Apa yang menariknya?"

"Mailah sini dulu, nanti aku tunjuklah kat ko... Baik punyerr..."

Sebab ingin tahu apa yang monyet mahu tunjukkan, maka gajah pun pergilah menyeberangi sungai yang lebar itu. Setelah 7 jam berenang dan bertarung nyawa sehinggakan hampir-hampir mati lemas. Akhirnya sampai juga gajah di seberang. Sambil tecungap-cungap kepenatan, gajah pun bertanya kepada monyet tujuan beliau menyuruhnya ke seberang.

"Hah, monyet apa yang ingin kamu beritahu kepadaku?" dia termengah.

"Hei, Geripin" monyet itu berkata, "cuba kau lihat buah yang merimbun dan masak ranum kat seberang itu!" sambil menunjuk ke arah kebun di belakang rumah gajah..

3 permintaan tentera AS

Tersebutlah kisah seorang tentera AS yang menjadi tentera pengaman di Iraq. Pada suatu hari semasa dia sedang meronda bersama untanya di gurun. Tiba-tiba kaki unta yang ditungganginya tertendang sesuatu. Tanpa berlengah-lengah lagi, tentera AS itu pun mengamati benda tersebut dengan tekunnya. Setelah lama diamati, barulah dia sedar bahawa itu adalah lampu ajaib. Beliau pun menggosoknya

Gosok... Gosok... Gosok. Tidak lama kemudian keluarlah jin yang tinggal di dalamnya.
"Huahahaha pah poh!! thank's master (terima kasih tuan) now you have three request for me to deliver"

"Are you sure?" Kata tentera AS itu

"Yes" Jawab jin,

"OK my first request is i want to be strong like Arnold Scwarzennager, second i want to be a President of US, and finally i want my little (sambil menunjuk ke arah alat kelaminnya)...... to be big like this camel
(sambil menunjuk kemaluan unta tersebut)"

"Okey! Permission granted" kata jin, "but all this thing happen tomorow (besok pagi),"

Paginya apabila tentera itu bangun dia pun terus menghadap cermin dan melihat badannya yang sasa seperti Arnold dan biliknya yang indah di White House. Beliau kini sudah menjadi presiden yang berbadan sasa! Terus dia teringat permintaannya yang ketiga! Lalu membuka seluarnya,

"Waaaaaa....... TIDAK!!!"

Ternyata anu unta yang dimintanya adalah betina!!

Jin pun tidak mampu tolong

Tersebutlah kisah seorang tua miskin di negara Indonesia yang menghabiskan sisa hidupnya dengan memancing di sebuah sungai, kononnya pada suatu hari dia telah menemui sebuah botol yang terapung dan tertutup rapi.

Disebabkan merasa pelik, maka orang tua itu pun membuka penutup botol tersebut untuk melihat isi di dalamnya. Tiba-tiba dari dalam botol keluar asap tebal yang berkepul-kepul dan perlahan-lahan membentuk sebuah lembaga Jin raksasa.

Tanpa berlengah lagi Jin itu pun bersuara "Terima kasih tuan, tuan telah membebaskan saya dari kurungan yang telah membelenggu saya selama 5000 tahun. Untuk itu tuan bolehlah meminta tiga permintaan, semuanya akan saya kabulkan dengan kuasa sakti milik saya" kata Jin.

Setelah perasaan terkejut orang tua itu kembali mereda, orang tua itu pun diam sejenak untuk memikirkan permintaannya. Tidak lama kemudian dia berkata, "Baiklah Jin saya ingin tahun ini tiga kejadian besar terjadi di negeri saya, pertama saya ingin nilai tukaran wang rupiah di negeri saya kembali menjadi Rp. 2500 per 1 dollar US, kedua saya mahu semua wang hasil rasuah baik oleh pihak swasta ataupun kerajaan dikembalikan semula kepada rakyat dan kesemua pelakunya dipenjarakan, ketiga saya ingin undang-undang benar-benar ditegakkan di negeri saya."

Sang Jin berfikir sejenak, kemudian menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersetuju, perlahan-lahan jasadnya bertukar semula menjadi asap lalu berkumpul masuk ke dalam botol tersebut. Dari dalam botol itu si Jin berteriak,

"Tuan, minta tolong agar botolnya ditutup kembali...!!!!!"

Koleksi cerita lawak 1

Cerita Kuda Belang
Seekor anak Kuda di kandang kuda sedang duduk termenung sambil memandang ke arah taman permainan yang terletak berhampiran kandang. Tiba-tiba matanya tertarik kepada sekawan anak kuda belang yang bermain galah panjang di luar. Anak kuda itu pun lantas bertanya pada ibunya sambil menunjuk ke arah anak-anak kuda belang tersebut.

Anak Kuda : "Mak kenapa anak kuda yang sedang bermain di sana mempunyai badan yang berbelang-belang, sedangkan aku pulak tak?"

Mak Kuda : "Oh, itu pasti disebabkan oleh bapaknya yang berhidung belang."

Bantuan yang hampeh
Pada suatu hari seorang suami pergi berjumpa dengan seorang doktor untuk meminta nasihatnya kerana mendapati anaknya yang baru lahir, berbeza bentuk fizikalnya dan lebih mirip kepada lelaki Afrika.

"Apa maksud anda berbeza?" tanya Doktor.

"Cuba bayangkan Doktor, anak saya yang baru lahir itu berkulit hitam dan gelap. Pada hal tak ada di antara kami yang berkulit seperti itu. Apa lagi bila melihatkan mulutnya yang lebar dan besar. Saya yakin bahawa ini pasti bukan anak saya dan terjadi campur tangan asing."

"Lor.... Kenapa harus bingung, Tuan? Di negara yang sedang membangun seperti negara kita, campur tangan asing boleh dikira sebagai salah satu jenis bantuan bukan? Mungkin niat orang asing itu untuk membantu!!"

Resolusi kepada kelaparan

Salah sebuah negara miskin di Negara Afrika menghantar surat kepada Dewan Ekonomi dan Dewan Sosial PBB, isi suratnya adalah seperti berikut:

"Tuan-tuan dan ketua negara sekalian, tolonglah kami. Negara kami sedang ditimpa bencana kelaparan yang amat dashyat... Ramai penduduk kami telah mati kelaparan. Tolong dan bantulah kami untuk memecahkan masalah ini."

Seminggu kemudian, datanglah sepucuk surat balasan yang dihantar daripada pihak PBB. Ia berbunyi:

"Sebenarnya masalah ini senang sahaja... Kalau ada rakyat anda yang kelaparan, beri sahaja mereka makan secukupnya. Jangan lupa untuk memberi makanan tambahan seperti vitamin-vitamin yang menyihatkan!"

Boss tak nampak

Aiman mempunyai kebiasaan yang pelik. Pada setiap hari isnin, Aiman akan dilanda oleh sindrom 'monday blues' yang teruk dan malas untuk membuat kerja. Dan hari itu, secara kebetulan Bossnya tidak berada di dalam pejabat kerana outstation. Peluang ini dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Aiman untuk pulang ke rumah.

Sesampai di rumah, dia merasa amat hairan kerana pintu depan telah dikunci dari dalam, kerana risau isterinya akan terkejut melihat kepulangannya, maka si Aiman pun masuklah melalui pintu dapur. Ketika dia membuka pintu bilik tidurnya, dia melihat isteri dan Bossnya sedang bersetubuh. Tanpa berlengah lagi Aiman terus berlari keluar dari rumah seperti lipas kudung sambil memaki sendirian

"Banjingannnnnn!! Nasib baiklah Boss tak nampak aku kencing dari kerja!!"

Cerita presiden yang melampau


Suatu hari seorang presiden sebuah negara pergi melihat pameran koleksi gambar terbaik dunia. Maka sambil ditemani oleh pengarah pameran tersebut, berjalanlah si sang presiden dengan penuh bangganya.

Presiden : "Wah, gambar ini amat bagus. Gambar ikannya kelihatan benar-benar hidup"

Pengarah : "Shuhhh... Jangan sebut dengan kuat Tuan Presiden. Itu gambar buaya"

Presiden : "Oh... Aku tahu! Cuma aku tersasul"

Kemudian mereka berjalan pula ke lukisan lain. Sampai di salah satu gambar

Presiden : "Gambar gajah ini benar-benar gagah, ini boleh menakutkan kanak-kanak yang melihatnya"

Pengarah : "Shuhhh… Tak perlu sebut kuat-kuat Tuan Presiden. Itu gambar ziraffah"

Presiden : "$%^&!@#"

Presiden itu kemudian menahan diri daripada terus memberi komen kerana risau kebodohannya terserlah. Tapi bila melihatkan gambar seekor monyet berkacamata di hadapannya tanpa teragak-agak lagi beliau terus menunjukkan 'kepandaiannya'

Presiden : "Haha... Ini adalah gambar monyet yang paling hodoh pernah saya lihat! Lihatlah giginya yang kuning dan mukanya yang berjerawat, kenapalah korang gamak menyimpan gambar semacam ini"

Pengarah pameran itu sedikit terperanjat dan terpegun, tapi dengan pantas dia berkata

"Pssttt… Jangan kuat sangat Tuan presiden. Itu sebenarnya cermin!"

Penyakit yang mudah berjangkit

Seorang wanita yang cantik dan seksi pergi ke salah sebuah klinik terkemuka untuk berjumpa dan menerima nasihat daripada doktor pakar mengenai penyakitnya.

Wanita : "Doktor, saya tak tahu kenapa payudaraku sering terasa sakit dan keras, boleh tolong periksakan tak?"

Kemudian si Doktor dengan gaya machonya pun mulai memeriksa dan memegang payudara wanita tersebut untuk beberapa saat. Lantas wanita itu pun mulai bertanya kembali.

Wanita : "Bagaimana doktor? Adakah ini tandanya saya dijangkiti oleh penyakit yang serius?"

Doktor : "Saya dapat rasakan bahawa ini adalah penyakit yang berjangkit. Sekarang penis saya pulak yang keras dan sakit."

Kisah ayam kampung

Seekor ayam kampung telah dijual oleh tuannya untuk membeli bubur pulut hitam di pasar. Ayam kampung yang baru sahaja dibeli oleh seorang kaki judi itu pun dibawa masuk ke sebuah reban yang besar bersama beberapa ekor lagi ayam jantan sebagai indung, berikutan bentuk fizikal ayam-ayam tersebut yang sememangnya besar-besar belaka.

Baru sahaja ayam kampung itu menjejakkan kaki di dalam perkarangan reban, tiba-tiba seekor ayam jantan yang paling 'otai' dalam kumpulan itu pun berlari kencang mendekati ayam kampung tadi. Ayam kampung yang baru saja dilepas itu pun terkejut dan berlari secepat-cepatnya untuk mengelakkan dirinya menjadi mangsa buli. Dia lompat ke pagar, si 'otai' ikut lompat. Dia lompat ke jendela, si 'otai' pun melompat ke jendela juga. Aksi kejar mengejar terus berlangsung sehinggalah si ayam kampung melihat selonggok kayu dan segera masuk ke dalamnya. Maka terselamatlah si ayam kampung daripada menjadi mangsa pukul.

Si 'otai' sambil termengah-mengah berteriak : "Kurang ajar, memang kau binatang, dasar kampungan!!! keluar kau!!"

Ayam kampung : "Lantak kaulah! Aku memang ayam kampung!!!"

Kelawar itu sebenarnya keluarga tikus

Malam itu di sebuah bot tinggal kelihatan sekeluarga tikus sedang asyik berbual-bual mesra sambil memandang keindahan bulan purnama.

Sedang asyik berbual, seekor kelawar terbang di atas bot tinggal itu dan terus duduk melepak di atas dahan pokok yang berdekatan.

Anak tikus itu pun mengamati wajah kelawar itu sambil membandingkannya dengan wajah ibu dan ayahnya. Kerana merasa pelik dengan kelawar itu, maka tanpa segan-segan si anak tikus pun bertanya kepada ibunya

"Ibu lihat, binatang apakah di atas itu?"

Sang ibu tikus pun melihat ke atas lantas menjawab, "Ooo ..., itu kelawar namanya nak...."

Si anak tikus pun bertanya lagi, "Kelawar? Tapi kenapa muka dia sama dengan muka kita ibu?"

Sang ayah pun dengan selamba menjawab, "Sebenarnya kelawar itu adalah sebangsa denga kita..., tapi dia ambil jurusan penerbangan...!!!"

Kisah kanggaru

Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu pun lantas memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Dikatakan sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?".

Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya".

Memadam api menggunakan pemadam api sama seperti bom tangan

Beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher) dengan begitu berminat sekali.

"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan" pegawai itu menerangkan. "kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan buihnya" terang pegawai itu lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk membuat demonstrasi cara mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat!, seperti bom tangan". Mendengarkan klu daripada pegawai bomba itu, maka pekerja itu pun dengan confident terus mencabut pin keslematan dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran sambil tersenyum puas.

Demikianlah adanya...

Nenek dan coklat kacang hazelnut

Abu (nama samaran) bagitau tunang dia Siti (juga nama samaran) bahawa dia teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Abu kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai habis semangkuk kerana rasanya yang sedikit 'lemak'. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, habis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi"

Dengan selamba nenek Siti berkata,

"Takpe, Siti kebiasaannya akan membawakan nenek coklat kacang hazelnut setiap kali berkunjung ke rumah nenek. Kat rak tu ada 10 bungkus lagi. Kacang dalam coklat itu pun sebenarnya nenek tak makan sebab gigi nenek dah takde, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."

Salah tafsir soal cacing

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahaya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.

"Cuba perhatikan murid-murid.. Lihat apa yang terjadi semasa cikgu memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul-betul yer.. Cacing yang sebelah kanan, akan cikgu masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri pula cikgu masukkan ke dalam gelas yang berisi arak. Perhatikan apa yang berlaku"

Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikaji tersebut.

"Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar itu tadi??"

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,

"UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK CIKGU..."

Kisah pengemis dan pelajar universiti

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : "Sudah lama mengemis di sini pakcik?"
Pengemis : "Ya... lebih kurang 8 tahun, nak.."
Mahasiswa : "Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?"
Pengemis : "Paling sedikit RM50.00 nak ..."
Mahasiswa : "Banyak juga ya pakcik"
Pengemis : "Bolehlah nak, untuk keluarga..."
Mahasiswa : "Ehhhh...keluarga ada di mana?"
Pengemis : "Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang..."
Mahasiswa : "Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni... boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?"
Pengemis : "Tak arrrrrr.... semuanya mengemis seperti pakcik..."

Awek Bogel Naik Beca

Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut.

Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut.

Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?”

“Bukan begitu cik adik, pakcik cuma tertanya-tanya, agak-agaknyalah dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan” jawab tukang beca tu.

Pelancong Korea dan pegawai imigresen

Seorang pelancong dari Taiwan, pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia. Sesampainya di KLIA, seperti biasa kaunter imigresen menjadi pintu paling awal yang perlu dilaluinya seperti mana juga pelancong-pelancong yang lain. Setelah menyerahkan pasportnya, pegawai Imegresen itu pun bertanya beberapa soalan kepadanya.

Pegawai : "Nama?"

Pelancong : "Pak Yu"(sebutan dalam loghat Taiwan)

Pegawai Imegresen merasa amat marah dan dengan jawapan pelancong tersebut lalu menjerit, "FUCK YOU!, jangan main-main dengan saya. Sekarang sebutkan nama penuh kamu!"

Pelancong: "Pak Yu Tu"