Kisah ayam kampung

Seekor ayam kampung telah dijual oleh tuannya untuk membeli bubur pulut hitam di pasar. Ayam kampung yang baru sahaja dibeli oleh seorang kaki judi itu pun dibawa masuk ke sebuah reban yang besar bersama beberapa ekor lagi ayam jantan sebagai indung, berikutan bentuk fizikal ayam-ayam tersebut yang sememangnya besar-besar belaka.

Baru sahaja ayam kampung itu menjejakkan kaki di dalam perkarangan reban, tiba-tiba seekor ayam jantan yang paling 'otai' dalam kumpulan itu pun berlari kencang mendekati ayam kampung tadi. Ayam kampung yang baru saja dilepas itu pun terkejut dan berlari secepat-cepatnya untuk mengelakkan dirinya menjadi mangsa buli. Dia lompat ke pagar, si 'otai' ikut lompat. Dia lompat ke jendela, si 'otai' pun melompat ke jendela juga. Aksi kejar mengejar terus berlangsung sehinggalah si ayam kampung melihat selonggok kayu dan segera masuk ke dalamnya. Maka terselamatlah si ayam kampung daripada menjadi mangsa pukul.

Si 'otai' sambil termengah-mengah berteriak : "Kurang ajar, memang kau binatang, dasar kampungan!!! keluar kau!!"

Ayam kampung : "Lantak kaulah! Aku memang ayam kampung!!!"

0 comments:

Post a Comment