Nenek dan coklat kacang hazelnut

Abu (nama samaran) bagitau tunang dia Siti (juga nama samaran) bahawa dia teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Abu kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai habis semangkuk kerana rasanya yang sedikit 'lemak'. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, habis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi"

Dengan selamba nenek Siti berkata,

"Takpe, Siti kebiasaannya akan membawakan nenek coklat kacang hazelnut setiap kali berkunjung ke rumah nenek. Kat rak tu ada 10 bungkus lagi. Kacang dalam coklat itu pun sebenarnya nenek tak makan sebab gigi nenek dah takde, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."

0 comments:

Post a Comment